
Aloe Vera/Pati Lidah Buaya
Bahan organik ini amat esential pada tanaman secara amnya, dikenali sebagai tanaman herba penyakit oleh manusia, bahkan ianya juga terbaik kesannya pada tumbuhan jika digunakan secara lansung
Pengenalan Aloe Vera / Pati Lidah Buaya
Aloe Vera digunakan sebagai makanan tambahan bagi membantu sistem pertahanan atau imun pada tanaman dalam melawan serangan penyakit secara semula jadi, melancarkan penyaluran vitamin dan mineral dalam tisu tanaman, meningkatkan kecekapan sistem pertumbuhan dan penyerapan unsur baja.
Aloe Vera juga amat diketahui oleh penyelidikan sains makmal oleh bahan silika yang terhasil secara semula jadi didalam sistem bioorganisma patinya,
Bahan silika yang jarang terdapat dalam hidupan lain sangat efektif didalam pati Aloe Vera, ianya amat terbaik kesan untuk mengekalkan tahap pH tanah pada tahap yang opyimum dan sesuai pada akar tanaman
Aloe Vera juga mengandungi antibiotik, enzim, pelbagai vitamin serta unsur micro yang tinggi dengan ferum, mangan, acid amino dan bahan organik yang kualiti pada setiap tanaman
Kebaikan Aloe Vera
-
Menghadamkan sel-sel yang rosak dan mati yang mudah menjadi virus kepada tanaman
-
Menggalakan pertumbuhan sel-sel dan tisu baru yang mempercepatkan pertumbuhan yang sihat kepada tanaman
-
Menaikkan warna yang lebih menarik pada daun dan bunga
-
Meransang pertumbuhan tanaman dan memberi daya ketahanan yang tinggi pada tanaman
-
Membekalkan kandungan unsur silika (Sio2) yang cukup pada tanaman dan tanah





