
Mengenai Inang Mesra ENT

Kisah Kami
Inang Mesra Enterprise atau dikenali sebagai “IME” merupakan sebuah syarikat milikan tunggal yang ditubuhkan sejak tahun 2004 sebagai syarikat yang mengendalikan dan berkemahiran tinggi didalam sektor pertanian umumnya dan kami juga didaftarkan dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
Syarikat ini juga mengamalkan Prinsip Golden Rule - Melayani orang lain seperti mana yang anda ingin orang lain melayani anda. IME tertumpu kepada bidang pertanian seperti memberi latihan, tunjuk ajar perundingan pertanian, dan kerjasama dalam sektor tanaman ladang Kelapa Sawit, Padi, buah-buahan, sayur-sayuran dll termasuklan cendawan. Kami amat berpengalaman didalam bidang landskap dibahagian utara dan di beri kepercayaan untuk mengendalikan beberapa projek landskap untuk beberapa kilang dibahagian Perindustrian Gurun dan beberapa kediaman persendirian. IME juga menjalankan kerjasama dengan beberapa sektor kerajaan seperti MADA, Jabatan Pertanian, FAMA, FELDA dan Pusat Permulihan Reintergrasi (PPR) untuk melatih dan membekal barangan input pertanian kepada pihak yang tertentu.
IME juga tidak kurangnya ketingalan dalam sektor pembuatan pertanian terutama input pertanian, kerana kami juga mengeluarkan beberapa produk pertanian yang berasakan bio-kimia/organik, yang amat sesuai kepada semua jenis tumbuhan, produk kami dikenali sebagai “Agrotech Plus/Agrotech Floral/Agrotech Leaves” yang telah berada dalam pasaran sejak tahun 2018 dan produk ini juga dijual secara dalam talian dan secara terus kepada pengguna
Objektif Syarikat
Mengambil bahagian di dalam perniagaan berasaskan industri kontrak pembinaan dan pertanian. Mengimbang penglibatan Bumiputera di dalam urusniaga binaan dan pertanian. Memberi perkhidmatan dan sumbangan terhadap agama, bangsa dan negara. Bersama-sama mendokong matlamat negara menuju pencapaian ke arah wawasan 2020. Sentiasa prihatin terhadap kebajikan pekerja melalui hubungan baik antara majikan dan pekerja, skim-skim istimewa yang disediakan, latihanlatihan kemahiran dan penyediaan peralatan yang lengkap dan selamat digunakan. Sentiasa memperbaiki dan menjaga mutu perkhidmatan. Komited untuk peningkatan mutu perkhidmatan yang berterusan


1
Visi
-
Memperkukuhkan jenama dan perkhidmatan IME yang bertaraf profesional di pasaran tempatan dan antarabangsa
-
Mengikhtirafkan para pelanggan sebagai rakan perniagaan jangka panjang dengan memberi nilai pulangan melalui kualiti tertinggi terhadap produk dan perkhidmatan terbaik, berinovatif dan bermutu tinggi
-
Melatih para pertani kormesial ataupun setempat agar menjadikan pertanian sebagai bidang yang menjana pendapatan dan membangunkan negara
2
Misi
-
Menawarkan produk & perkhidmatan yang sentiasa pratikal & menepati keperluan & citarasa pelanggan dengan pulangan yang seimbang
-
Membekalkan Produk yang berkualiti PREMIUM bagi pasaran tempatan mahupun antarabangsa
-
Sentiasa menambah baik & menginovasikan produk & perkhimatan serta perundingan pertanian kepada pelangan IME
3
Komitmen
-
IME akan memberi nilai terbaik kepada semua pelangan & rakan perniagaan melalui perkhidmatan pada satu tahap yang mencapai kepuasan penerima
-
IME akan sebaik mungkin memenuhi kehendak tersendiri pelangan terhadap permintaan yang dikehendaki
-
Syarikat akan memberi khidmat jualan yang profesional yang tertinggi bermula dari fasa perbincangan sehinggalah fasa perlaksanaaan





